Friday, March 22, 2013

Ceramah kelompok di adun Batu Maung.

Watch "Ceramah kelompok-yb dato abdul malik" on YouTube
Sesi pencerahan pada penduduk kampung naran batu maung oleh Yb Dato' Abdul Malik Kassim.
Selamat menonton & dipersilakn share video ini khusus untuk rakyat pulau pinang & malaysia am nya..
Terima kasih..ini kalilah! Jom ubah putrajaya..

Thursday, January 3, 2013

Amanat Hadi

Isu "amanat" berlaku sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun. Ia bukanlah sebuah amanat semata-mata, tetapi sebuah huraian ilmu yang lazimnya difahami oleh para agamawan untuk diterangkan sejelas-jelasnya kepada mad'u tentang persoalan iman dan kufur. Tidak mungkin "amanat" yang membataskan iman dan kufur, yang begitu mengangkat martabat politik Islam pada waktu itu, tiba-tiba jatuh sahamnya hari ini.

"Saudara-saudara sekalian. Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

"Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'..." - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Jika kita meneliti huraian tauhid - amanat - Tuan Guru Haji Abdul Hadi itu, ia tidak lain adalah "bahasa penegasan" terhadap ayat Allah Taala yang berbunyi :

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." - Surah Al Baqarah:208

Kekeliruan isu ini dihidupkan adalah tidak lain politik Umno untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS. Harapan mereka (Umno) supaya isu kafir-mengkafir menenggelamkan isu-isu rasuah, pecah amanah, korupsi dan kebejatan batang tubuh pemimpin-pemimpin Umno. Umno sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekalipun dengan cara men"dungu"kan mereka terhadap persoalan akidah dan perjuangan.

Kalaulah amanat itu berbunyi, "...Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir..."

Lalu kesannya wujud suasana keliru dan saling tuduh menuduh sehingga kafir-mengkafir dalam masyarakat, maka adakah perlu "statement" - amanat - di atas ditarik balik demi mengelakkan pecah-belah? Jika jawabannya ya, bagaimana jika dienggani dengan hujah bahawa amanat di atas adalah sama dengan maksud ayat Al Quran dalam Surah Al Ma'idah ayat 44?!
Adakah kita akan kata, oleh kerana "ayat itu" memecah-belahkan umat Islam, maka ayat Allah ini mesti ditarik balik! Dilupuskan?! Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan. Sudah pasti desakan lupus! Tarik balik! Bahaya! Pemecah belah umat! Itu bukan jawaban balas bagi orang yang beriman dengan penuh kefahaman terhadap ayat-ayat Allah. Maka setiap Muslim mesti takut untuk mendesak "amanat" yang membawa pengertian ayat al Quran itu ditarik balik kerana ia umpama mencabar maksud al Quran di dalam surah Al Maidah yang telah dijelaskan tadi.

Justeru apakah penyelesaian agar tuduh-menuduh yang memecah belahkan tidak berlaku? Jawabannya hanya satu, iaitu memberikan peluang kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, agar "amanat" ataupun dalam bahasa akademiknya, "huraian tauhid" itu dijelaskan, disyarahkan dan ditafsirkan. Hasil kefahaman yang bersuluh daripada tafsiran itulah, akan lenyaplah segala tuduh-menuduh yang mengelirukan, lalu terhasillah satu kefahaman yang satu terhadap amanat di atas.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta siaran televisyen rasmi memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut. Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak PAS sama. Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat pro aktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah?

Jika timbul kekeliruan terhadap sesuatu kenyataan, ia mesti dipohon penjelasan, bukannya ditakwilkan nafsi-nafsi atau penafsiran syok sendiri tanpa melibatkan "orang yang tertuduh", Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kerana jika berlaku begitu, ia seperti orang yang mendengar satu ayat dari Al Quran :

"Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada perkara itu adalah tanda bagi kaum yang menggunakan akal" - Surah An Nahl:67

Lalu tanpa penjelasan dan penafsiran yang benar, maka orang yang naif akal fikirannya mengatakan bahawa arak itu halal berdasarkan kefahaman tekstual ayat dari surah An Nahl di atas tanpa merujuk "Sohibul Nas" atau orang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam ilmu tafsir.

Maka, pentakwilan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terhadap kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah sangat tidak tepat kerana menganggap kenyataan beliau (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat, antaranya yang didakwa oleh MAIK bahawa "amanat" tersebut membawa :
Kepercayaan bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO.
Kepercayaan bahawa haram makan sembelihan orang UMNO.
Kepercayaan bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh qadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera.
Kepercayaan bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong Umno.
Kepercayaan bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad.
Kepercayaan bahawa tidak boleh membenarkan orang Umno melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/ Islam.
Kepercayaan bahawa tidak boleh mengebumikan orang Umno di tanah perkuburan Islam.
Kepercayaan bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah.
Sedangkan apa yang disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tiada langsung kenyataan yang mengkafirkan Umno. Dan apa yang disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak salah dari konsep "da'ie wa mad'u" - pendakwah dan orang yang di dakwah -. Sebagai contoh seorang yang menegur bahawa, "Orang tidak sembahyang adalah perbuatan yang menjatuhkan diri ke lembah kekafiran", sangat berbeza dengan kenyataan orang yang mengatakan, "si fulan - si fulan itu kafir". Perbahasan ini akan lebih jelas difahami jika kita menghadami perbahasan Imam Yusuf Al Qaradawi di dalam bukunya "Zohirotu al Ghuluww fi Takfir", bahawa terdapat perbezaan antara orang yang mentakwilkan perbuatan kafir dengan menuduh orang kafir.

Pentakwilan "dungu" MAIK dalam memahami petikan bernas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sangat mengecewakan apabila intitusi yang sepatutnya menguasai hal ehwal agama berakal naif. Tafsiran MAIK ibaratnya kisah tentang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak murid tentang bahayanya minuman keras. Guru tersebut telah mengambil dua ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

"Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."

Semua anak murid tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Sang guru tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang saya tunjukkan sebentar tadi?"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya yang naif pentakwilannya mengatakan, "Untuk mengelakkan kecacingan, minumlah arak..."

Sedangkan tujuan eksperimen yang dinyatakan oleh sang guru itu tadi bertujuan sebaliknya. Begitulah "amanat tuan guru" yang menimbulkan kehangatan. Ia sebuah amanat yang pendek yang dipetik daripada ceramah tuan guru yang panjang, lalu ditulis dan disebarkan. Ada yang faham dengan mudah dengan makna tauhid yang mendalam, ada juga orang yang perlukan penjelasan.

Sebagai bukti wujudnya ribuan kitab tafsir dan syarahan oleh para ulama mufassirin kita di sepanjang zaman di dalam menjelaskan maksud daripada petikan-petikan ayat al Quran, al hadis, athar dan kata-kata hikmat pujangga Islam. Maka memohon hak untuk menjelaskan maksud huraian "amanat" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah benar dan hak di atas hak.

Siapa Yang Mempertahankan Haknya, Matinya Mati Syahid

Berkenaan mati syahid, hadis Nabi Muhammad S.A.W jelas memperlihatkan bahawa seseorang itu boleh dianggap mati syahid, meskipun kematiannya bukan di medan peperangan antara orang Islam dengan orang kafir. Nabi S.A.W bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia (mati) syahid, sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya (nyawanya), maka dia (mati) syahid. Sesiapa yang mati mempertahankan agamanya, maka dia (mati) syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia (mati) syahid."

Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud, Nasa'ie, Ibnu Majah dan Tirmizi. Imam Tirmizi menilainya hasan sahih, manakala Syaikh Nasiruddin Albani menilainya sahih (di dalam Sahih al-Targhib Wa al-Tarhib)

Ringkasnya, "mati syahid" adalah kematian yang berlaku ekoran perjuangan mempertahankan harta, nyawa, agama atau kaum keluarga, bukannya kematian yang disebabkan oleh peperangan ke atas orang kafir. Justeru, dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mati syahid sesiapa yang mati dalam perjuangan menentang Umno, tidak boleh dijadikan tapak yang kukuh untuk melancarkan dakwaan bahawa beliau telah mengkafirkan Umno.

Dipetik dari
Media dakwah tarbawi.

Wednesday, September 19, 2012

Apa yang terjadi di Batu Maung pada 18/09/12.. "Suara Yb"

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato’Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno)Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, MahkamahTinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salahlaku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat ‘kaveat pendaftar’pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato’Ab.Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk seperti mana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T’shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana. Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengahari apabila penduduk mendapat perintah ‘injuksi’ mahkamah sehingga 1 Oktober 2012. Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi ‘broker’ menjual tanah milik 31orang Melayu diKampungTerang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

YB Dato’ Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

PR's ®™


Friday, August 31, 2012

JANJI DEMOKRASI

"Janji Demokrasi" adalah hasil nukilan Tan sri a samad said sasterawan negara..

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera, kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara. Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah. Kini di mana-mana sajalahDataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang; dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran; di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan. Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi. Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!” sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

30 Ogos 2012..

Hidup rakyat...jom ubah!!

PR's ®™



Thursday, August 9, 2012

SEBANGSA,SENEGARA,SEJIWA.

Tema hari kebangsaan untuk negeri pakatan rakyat,lebih tepat dari "janji ditepati"!
"Janji Ditepati" tiada unsur kenegaraan langsung cuma modal politik kolot dan sempit.kenapa rakyat patut "balas budi" sedangkan rakyat yang memberi mandat pada setiap wakil untuk menjalankan tugas untuk rakyat!Tema hari kebangsaan pun nak dipolitikkan?apa-apa pun setiap wakil yang diberi mandat oleh rakyat hendaklah berusaha bagi memastikan nasib rakyat terbela bukan membela periuk nasi mereka saja!!sudah sampai tempoh pencen untuk kerajaan bn kerana sudah 55tahun memerintah malaysia.jadi pru akan datang adalah masa yang sesuai untuk kita membuat perubahan,yang dah lama tu kita bagi diorang bersara ja la!hehe..
Kadang kala perubahan adalah jalan yang terbaik untuk kita!salam merdeka buat semua warga Malaysia yang tercinta...
INI KALI LAH...JOM UBAH!!

PR's.®™


Thursday, December 23, 2010

Some Photo Taken by ME!

Nothing to be write down coz  im new in this blogging world...will try to improve my skills in writing and blogging...plus willing to share my passion in photography.... here some photos taken by me..                                  
                                                   ........................


                   And those photos taken by that guy down there
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                                      . 
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                                      .
                                            ryzalman...